Friday, 6 April 2012

Persediaan Perkahwinan

PERSEDIAAN KAHWIN Perkahwinan bukanlah membabitkan persediaan baju dan barang hantaran sahaja,perkahwinan membabitkan persediaan emosi, spiritual, ekonomi dan fizikal. Apakah tujuan kita berkahwin sebenarnya? Untuk mengelakkan maksiat? Di sini Syokkahwin.com mendedahkan beberapa perkara yang perlu diketahui dalam menyediakan diri anda ke alam perkahwinan dari segi material, fizikal dan juga mental: Budget Kahwin. Perkara yang pertama sekali yang perlu anda lakukan! Kami mempunyai "checklist" yang anda boleh gunakan atas segala perbelanjaan yang mungkin anda keluarkan untuk majlis anda. Lengkap dengan Excel file. Juga panduan untuk menambahkan pendapatan seperti mendirikan perniagaan melalui program-program usahawan SMEBank, MARA, pembiayaan
MARA serta mendapatkan pinjaman untuk kahwin. Rancang Tarikh! Tetapkan tarikh untuk merisik, bertunang, bernikah dan juga berkahwin (pihak perempuan) dan majlis menyambut tetamu (pihak lelaki). Ke Kursus Kahwin Baca ulasan mengenai kursus kahwin di Blog Syokkahwin! Anda juga boleh melihat senarai penuh penyedia kursus perkahwinan di laman Kursus Pra-Perkahwinan Syokkahwin.com. Meminta mohon kebenaran kahwin! Anda selepas ini haruslah ke pejabat Agama Islam daerah anda untuk mengambil borang permohonan kebenaran kahwin, borang ujian HIV dan sebagainya. Pejabat agama islam yang harus anda pergi adalah berdasarkan alamat rumah di kad pengenalan anda. Sekiranya anda tidak lagi tinggal negeri lain, maka anda perlulah mendapatkan suruhanjaya sumpah untuk mengisytiharkan bahawa anda adalah pemastautin di negeri tersebut. Anda juga perlu membuat Surat Akuan Bujang - Jika anda perlukan contoh ayat di dalam surat akuan bujang, sila ke Blog Syokkahwin.com! Untuk mengetahui secara lebih lanjut dan terperinci mengenai persediaan perkahwinan, anda bolehlah melayari laman PERSEDIAAN PERKAHWINAN INI.

No comments:

Post a Comment